Peranan wanita pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka
a
Wanita
sebagai alat menebus kesalahan
- Tun Teja ialah anak Bendahara Pahang Seri Amar Bangsa Diraja dan merupakan tunangan kepada Sultan Pahang, Sultan Abdul Jalil.
- Dalam usaha mendapatkan Tun Teja baginda telah menawarkan hadiah lumayan kepada sesiapa yang berjaya membawa lari Tun Teja.
- Hang Nadim yang ingin menebus kesalahannya terhadap sultan telah menerima tanggungjawab untuk melarikan Tun Teja. Di Pahang, beliau telah mengupah seorang pelulut supaya memujuk Tun Teja berkahwin dengan Sultan Mahmud Syah. Pelulut memujuk Tun Teja dengan kata-kata yang manis.
- Tun Teja menolak permintaan tersebut atas rasa cintanya yang mendalam terhadap tunangannya yakni sultan Pahang.
- Beliau tidak terpedaya dengan pujukan untuk menjadi raja perempuan Melaka. Walau pun tidak termakan pujukan, namun dengan tipu muslihat Hang Nadim yang menggunakan ubat guna-guna Tun Teja akhirnya mengikut Hang Nadim ke Melaka.
- Di sana, beliau telah berkahwin dengan Sultan Mahmud tanpa kerelaan hatinya.
- Daripada peristiwa tersebut menunjukkan wanita Melayu pada zaman tersebut tidak ubah seperti barang mainan yang boleh diperolehi dengan pelbagai cara termasuklah melalui tipu muslihat.
Comments
Post a Comment