Prasejarah
ZAMAN PALEOLITIK
- Menurut pengetahuan terkini, lebih kurang 200,000 tahun dahulu, penduduk Hulu Perak merupakan penduduk terawal di Malaysia.
- Daripada rekod pentarikhan, didapati bahawa Lembah Lenggong merupakan pusat penempatan terawal.
- Di Semenanjung Malaysia, Jitra, Kedah telah didiami sekitar 50,000 tahun dahulu.
- Di Sarawak bukti kehadiran manusia terawal ialah lebih kurang 40,000 tahun dahulu iaitu di Gua Niah, Miri.
- Di Sabah pula, ekskavasi terbaru mendedahkan populasi awal di bertumpu di pantai timur.
- Yang terawal ialah di Tingkayu dekat Tawau iaitu sekitar 25,000 tahun dahulu dan lebih banyak bukti ditemui di Balambangan di utara Kudat.
- Pada masa itu, kebanyakkan peralatan yang digunakan adlah alat batu.
- Antara pemakanan mereka adalah ikan dan binatang yang bersaiz besar seperti babi hutan dan rusa.
- Antara bukti penemuan manusia pada zaman Paleolitik adalah Manusia Perak yang dijumpai di Gua Gunung Runtuh, Lenggong, Perak.
Rajah 1 : Manusia Perak
Comments
Post a Comment