PRASEJARAH
ZAMAN LOGAM
- Gangsa muncul sekitar 3,500 – 4,000 tahun dahulu dan diikuti oleh artifak besi sekitar 2,000 tahun -2,500 tahun dahulu.
- Artifak gangsa terawal pada umumnya diperbuat dengan menggabungkan tiga jenis logam iaitu kuprum, timah dan plumbum.
- Di Asia Tenggara, zaman Logam digambarkan oleh sifat gangsa yang kebanyakkannya dibuat sebagai objek pengebumian.
- Pada lewat zaman ini, perdagangan wujud dan pengangkutan awal dibina yang menyebabkan penyerapan antara budaya lebih meluas serta pembukaan lebih banyak kawasan penempatan.
- Bukti arkeologi pertama tentang gangsa di Malaysia diperohi dari ekskavasi hanya dalam tahun 1988.
- Satu kapak gangsa serta acuan tembikar yang digunakan untuk menghasilkannya dijumpai di satu pengebumian yang dipertarikhkan sekitar 3,500 – 4,000 tahun dahulu di Gua Harimau di Lembah Lenggong, Perak.
- Ekskavasi ini membuka ruang bagi kemungkinan adanya industri gangsa asli di Malaysia.
Comments
Post a Comment