Prasejarah
ZAMAN NEOLITIK
- Zaman yang menggunakan teknologi tembikar.
- Di Malaysia, bukti terawal dijumpai setakat ini adalah di Gua Teluk Kelawar yang dipertarikhkan sekitar 6,890 tahun dahulu.
- Walaupun pembuatan dan penggunaan tembikar adalah arus utama zaman Neolitik, namun cara hidup Paleolitik masih diteruskan seiring dengan cara zaman Neolitik.
- Manusia zaman Neolitik menghasilkan teknologi alat batu yang lebih maju seperti beliung, batu untuk mengisar, penumbuk dan lesung dan hulu pisau.
- Manusia pada masa itu perlu tahu cara memanaskan bekas tanah liat sekurang-kurangnya 600℃ dan menggunakan pewaja iaitu memasukkan pasir atau serpihan tembikar bagi menguatkan bekas dan mengurangkan rekahan.
- Antara tapak Neolitik yang dijumpai di Malaysia adalah beberapa tapak di Hulu Perak, kompleks Nenggiri di Kelantan, Gua Kechil Di Pahang, kompleks Gua Niah di Sarawak, dan Bukit Tenggorak serta Lembah Tingkayu di Sabah.
Comments
Post a Comment