Posts

Showing posts from May, 2017

Prasejarah

Image
ZAMAN PALEOLITIK Menurut pengetahuan terkini, lebih kurang 200,000 tahun dahulu, penduduk Hulu Perak merupakan penduduk terawal di Malaysia.   Daripada rekod pentarikhan, didapati bahawa Lembah Lenggong merupakan pusat penempatan terawal.   Di Semenanjung Malaysia, Jitra, Kedah telah didiami sekitar 50,000 tahun dahulu. Di Sarawak bukti kehadiran manusia terawal ialah lebih kurang 40,000 tahun dahulu iaitu di Gua Niah, Miri. Di Sabah pula, ekskavasi terbaru mendedahkan populasi awal di bertumpu di pantai timur. Yang terawal ialah di Tingkayu dekat Tawau iaitu sekitar 25,000 tahun dahulu dan lebih banyak bukti ditemui di Balambangan di utara Kudat.   Pada masa itu, kebanyakkan peralatan yang digunakan adlah alat batu.   Antara pemakanan mereka adalah ikan dan binatang yang bersaiz besar seperti babi hutan dan rusa. Antara bukti penemuan manusia pada zaman Paleolitik adalah Manusia Perak yang dijumpai di Gua Gunung Runtuh, Lenggong, Perak.                     

Prasejarah

Image
ZAMAN NEOLITIK   Zaman yang menggunakan teknologi tembikar.   Di Malaysia, bukti terawal dijumpai setakat ini adalah di Gua Teluk Kelawar yang dipertarikhkan sekitar 6,890 tahun dahulu.   Walaupun pembuatan dan penggunaan tembikar adalah arus utama zaman Neolitik, namun cara hidup Paleolitik masih diteruskan seiring dengan cara zaman Neolitik. Manusia zaman Neolitik menghasilkan teknologi alat batu yang lebih maju seperti beliung, batu untuk mengisar, penumbuk dan lesung dan hulu pisau. Manusia pada masa itu perlu tahu cara memanaskan bekas tanah liat sekurang-kurangnya 600℃ dan menggunakan pewaja iaitu memasukkan pasir atau serpihan tembikar bagi menguatkan bekas dan mengurangkan rekahan.  Antara tapak Neolitik yang dijumpai di Malaysia adalah beberapa tapak di Hulu Perak, kompleks Nenggiri di Kelantan, Gua Kechil Di Pahang, kompleks Gua Niah di Sarawak, dan Bukit Tenggorak serta Lembah Tingkayu di Sabah. 

PRASEJARAH

ZAMAN LOGAM          Gangsa muncul sekitar 3,500 – 4,000 tahun dahulu dan diikuti oleh artifak besi sekitar 2,000 tahun -2,500 tahun dahulu.            Artifak gangsa terawal pada umumnya diperbuat dengan menggabungkan tiga jenis logam iaitu kuprum, timah dan plumbum.           Di Asia Tenggara, zaman Logam digambarkan oleh sifat gangsa yang kebanyakkannya dibuat sebagai objek pengebumian.            Pada lewat zaman ini, perdagangan wujud dan pengangkutan awal dibina yang menyebabkan penyerapan antara budaya lebih meluas serta pembukaan lebih banyak kawasan penempatan.            Bukti arkeologi pertama tentang gangsa di Malaysia diperohi dari ekskavasi hanya dalam tahun 1988.           Satu kapak gangsa serta acuan tembikar yang digunakan untuk menghasilkannya dijumpai di satu pengebumian yang dipertarikhkan sekitar 3,500 – 4,000 tahun dahulu di Gua Harimau di Lembah Lenggong, Perak.            Ekskavasi ini membuka ruang bagi kemungkinan adanya industri gangsa as

Peranan wanita pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka

a                                                                Wanita sebagai alat menebus kesalahan             Tun Teja ialah anak Bendahara Pahang Seri Amar Bangsa Diraja dan merupakan tunangan         kepada     Sultan Pahang, Sultan Abdul Jalil.      Dalam usaha mendapatkan Tun Teja baginda telah menawarkan hadiah lumayan kepada sesiapa yang berjaya membawa lari Tun  Teja.      Hang Nadim yang ingin menebus kesalahannya terhadap sultan telah menerima tanggungjawab untuk melarikan Tun Teja.  Di Pahang, beliau telah mengupah seorang pelulut supaya memujuk Tun Teja berkahwin dengan Sultan Mahmud Syah. Pelulut memujuk Tun Teja dengan kata-kata yang manis.      Tun Teja menolak permintaan tersebut atas rasa cintanya yang mendalam terhadap tunangannya yakni sultan Pahang.         Beliau tidak terpedaya dengan pujukan untuk menjadi raja perempuan Melaka . Walau pun tidak termakan pujukan, namun dengan tipu muslihat Hang Nadim yang menggunakan ubat guna-guna Tun Teja akhir

Asal-usul Negeri Melaka

Image
MELAKA Berasal daripada nama pokok. Parameswara berehat di bawah pokok Melaka. Terlihat pelanduk mengalahkan anjing. Peristiwa tersebut dianggap sebagai luar biasa kerana pelanduk yang kecil dapat mengalahkan anjing yang besar. Selepas melinat peristiwa tersebut, Parameswara menamakan tempat tersebut sebagai Melaka sempena nama pokok yang digunakan oleh beliau bersandar. Dengan itu, tempat tersebut didirikan  sebuah kerajaan.